Wednesday 14 February 2018

KPDNKK rampas komputer dengan salinan palsu




KPDNKK rampas komputer guna perisian salinan
palsu bernilai RM354,000






IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas tiga buah komputer dan enam komputer riba mengandungi perisian salinan palsu       bernilai RM 354,000 dalam serbuan di dua premis perniagaan di sini minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK negeri,Shamsul Nizam Khalil berkata,serbuan pad 29 dan 30 November itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada Gabungan Perisian Perniagaan (BSA)
            



Menurut Shamsul Nizam, serbuan pertama dilakukan di sebuah syarikat pembuatan dan pembungkusan makanan di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Lahat dekat sini yang dipercayai menggunakan enam perisian salinan palsu.

"Serbuan tersebut turut disertai empat wakil dari BSA berjaya merampas perisian Solidworks Premium 2016, Auto Cad 2016 dan Creative Suite 6 Master Collection (Adobe) pada tiga komputer riba serta sebuah komputer yang bernilai RM130,000.

"Serbuan kedua pula di syarikat pembinaan dan hiasan dalaman serta kita menyita tiga komputer riba dan dua komputer disyaki mengandungi 10 salinan perisian langgaran Autodeks dan lapan perisian salinan langgaran Adobe," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat KPDNKK Negeri, Bangunan Persekutuan di sini hari ini.

Pandangan Saya

Pada pandagan saya amalan sebegini haruslah di elakkan kerana akan menyebabkan pengguna yang menggunakan barang palsu tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak sah.Ini menunjukkan orang yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan kerana terpengaruh dgn harga yang jauh lebih murah berbanding dengan barangan yang original. 



No comments:

Post a Comment

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit YAN - Penggunaan telefon bimbit semasa memandu menyumbang sehingga 35 peratus kepada k...