Thursday, 15 February 2018

Wajar tubuh pasukan khas

Wajar tubuh pasukan khas kaji kewujudan orang tengah-TPM




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran membentuk pasukan khas bagi mengkaji kewujudan orang tengah yang menjadi penyebab harga barangan melebihi harga pasaran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana kerajaan khuatir orang tengah yang berperanan mengambil keuntungan melebihi daripada yang sepatutnya.

"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak hanya makanan tetapi juga melibatkan kos pengangkutan dan utiliti.

"Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa dan akhirnya persepsi yang negatif serta tuduhan dibebankan kepada KPDNKK mahupun kerajaan.



"Akhirnya kebertanggungjawaban itu diletak sepenuhnya kepada kerajaan sedangkan faktor-faktor dan pemboleh ubah yang berlaku sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Karnival Jualan Mega 2017 di Bulatan Amanjaya, meru di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan keadaan ekonomi Malaysia semakin baik dari semasa ke semasa namun harga barangan di pasaran masih menjadi bebanan kepada pengguna.

"Indeks sektor pemborongan dan peruncitan mencatatkan peningkatan sebanyak 7.4 peratus berbanding sebelumnya dan daripada jumlah ini, subsektor perbankan runcit meningkat kepada 10.4 peratus pada suku tahun ketiga," katanya.

Pandangan saya

Pada pandangan pendapat yang disuarakan TPM amat lah wajar diterima kerana dengan ini kawalan harga barangan runcit dapat dipantau dengan lebih baik dan kegiatan menyorok barangan runcit dapat dikurangkan.


Sumber Rujukan:
Wajar tubuh pasukan khas kaji kewujudan orang tengah - TPM | Astro ...

No comments:

Post a Comment

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit YAN - Penggunaan telefon bimbit semasa memandu menyumbang sehingga 35 peratus kepada k...