Monday 16 April 2018

TELEFON BIMBIT DI KALANGAN REMAJA

TELEFON BIMBIT DI KALANGAN REMAJA

Penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar semakin meluas. Ini dapat dilihat melalui keadaan sekeliling di mana semua pelajar sekolah sudah mempunyai telefon bimbit masing-masing. Kedudukan ekonomi bukanlah penghalang untuk seseorang pelajar memiliki telefon bimbit sendiri kerana ianya akan dianggap sebagai ketinggalan zaman seandainya seseorang itu tidak memiliki telefon bimbit. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit dikalangan pelajar sekolah banyak mendatangkan kesan negatif terhadap diri mereka.




Kesan negatif yang dimaksudkan dapat dilihat apabila isu-isu besar diketengahkan seperti penyebaran bahan lucah. Ini amat membimbangkan terhadap pelajar sekolah apabila mereka mula menyebarkan dan menyimpan gambar-gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit mereka. Jiwa seorang pelajar sekolah yang masih muda sudah tentu akan ada perasaan ingin cuba dan mencari lebih banyak bahan-bahan lucah untuk kepuasan diri. Selain itu, ia juga menggalakkan pergaulan bebas dan tidak sihat di kalangan para pelajar di mana ia mampu menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang. Dengan itu, pelajar akan terjerumus dengan perhubungan seks bebas di mana mewujudkan anak luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya

Selain itu, penggunaan telefon bimbit di kalangan remaja juga mampu menyebabkan masalah kewangan. Sebagai contoh, pelajar memerlukan wang untuk tambah nilai kredit prabayar mereka. Kebanyakan pelajar tidaklah mempunyai wang yang banyak, di mana mereka memerlukan duit untuk keperluan pengajian, makan dan sebagainya. Jadi mereka akan korbankan duit makan dan keperluan pengajian semata-mata untuk tambah nilai dan untuk keperluan telefon bimbit. Tambahan pula, ada dikalangan mereka akan meminta duit belanja lebih daripada ibu bapa. Ini adalah keadaaan yang membimbangkan kerana golongan pelajar akan lebih mengutamakan telefon bimbit daripada benda lain dan sanggup berlapar dan menipu untuk mendapatkan duit lebih. Bukan itu sahaja, malah, pelajar memerlukan duit lebih utk aksesori telefon bimbit mereka. Masa kini, pengguna telefon mahal seperti Iphone, Blackberry dan android mempunyai banyak pilihan untuk menghias telefon mereka. Aksesori yang ada kebanyakannya mahal tetapi masih menjadi pilihan golongan remaja..

Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar juga boleh mengganggu dari segi fokus dalam pembelajaran. Pelajar akan lebih cenderung untuk bermain dengan telefon bimbit mereka dari mentelaah buku. Lebih-lebih lagi, teknologi telefon bimbit semakin canggih yang mampu untuk melayari internet, laman sosial, permainan dan banyak lagi. Remaja akan lebih leka dengan kemudahan dan keseronokkan yang ada yang boleh merosakkan keputusan akademik. Mereka akan menjadi obses dengan telefon bimbit, apatah lagi jika sudah mula menggunakannya pada usia yang muda. Bagi pelajar universiti, mereka akan lebih kerap bermain dengan telefon bimbit di dalam kelas ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Mereka akan tidak fokus dan sedikit sebanyak akan menjejaskan pelajaran mereka

No comments:

Post a Comment

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit YAN - Penggunaan telefon bimbit semasa memandu menyumbang sehingga 35 peratus kepada k...